Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 29 Ogos 2007
Ogos 30, 2007 at 10:30 am | In Uncategorized |Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 29 Ogos 2007. Alhamdulillah bumbung telah dipasang dan dijangka InsyaAllah para jemaah akan dapat menggunakan Surau ini dalam Bulan Ramadhan ini.
Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang apa yang ada. Peralatan-peralatan Surau masih lagi diperlukan seperti Kipas, Lampu, Rak-rak kitab, Kitab-kitab, Sejadah, Alat Pembesar Suara, Karpet dan sebagainya.
Jika ada dermawan yang ingin menyumbang atau mewaqafkan peralatan dan kelengkapan surau ini amatlah dialu-alukan. Sila berhubung dengan Bendahari atau ahli jawatankuasa surau jika ingin menyumbang untuk koordinasi sumbangan.
Jazakallahu Khairan Kathira
1 Komen »
Suapan RSS bagi komentar bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

Tuan/Puan/Sdr/Sdri/Muslimin & muslimat yg dihormati…
Saya mewakili Jawatankuasa Pembangunan & AJK Surau Al-Hidayah Desa Coalfields bersyukur dan amat terharu dengan sokongan padu dari ahli qariah SAHDC khususnya kerana saling berganding bahu dan membantu untuk merealisasikan impian penduduk dengan mempunyai sebuah bangunan tetap SAHDC seperti yang sedang dalam pembinaannya.
Insya-Allah, bangunan SAHDC tersebut akan dapat berfungsi secara minima menjelang 1 Ramadhan 1428H akan datang.
Akhir kata, sokongan anda sekalian secara berterusan akan lebih mengukuhkan perpaduan sediada dan mengimarahkan SAHDC sepertimana yang telah dianjurkan oleh Islam.
Wassalam.
Komen oleh ABDUL AZIS — September 6, 2007 #