Ramadhan telah tiba, Alhamdulillah surau baru telah digunakan
September 20, 2007 at 12:36 pm | In Uncategorized |Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Akhirnya penantian para jemaah di Desa Coalfields ini telah berakhir. Lega kerana dapat menjalankan ibadat solat berjemaah dengan lebih sempurna dan selesa.![]()
Walaupun pembinaannya belum sempurna 100%, namun seperti dijanjikan oleh Ahli Jawatan Kuasa surau bahawa Ramadhan kali ini para jemaah dapat bertarawikh di surau baru tersebut. Dengan persiapan akhir oleh kontraktor sehingga selepas waktu maghrib, maka Solat Isyak pada 1 Ramadhan 1428 telah menjadi sejarah Surau Al Hidayah Desa Coalfields sebagai solat berjemaah yang julung-julung kali diadakan di sini dan diikuti dengan Solat Tarawikh 1 Ramadhan 1428.
Kami sebagai AJK merakamkan jutaan terima kasih kepada
para jemaah yang telah memberi sokongan padu dengan memberikan sumbangan kewangan dan juga mana-mana badan atau individu yang telah menyumbangkan sumber kewangan dan peralatan untuk kegunaan jemaah surau ini. Hanya Allah yang dapat membalas Amal Jariah anda semua.
Para Jemaah Bertadarus Pada Malam Pertama Ramadhan
Tiada Komen lagi »
Suapan RSS bagi komentar bagi kiriman ini. URI Trackback
Tinggalkan komen
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.