Sambutan Aidil Adha di Desa Coalfields

Disember 13, 2007 at 2:37 pm | In Uncategorized |

 Para Muslimin dan Muslimat Desa Coalfields telah bersolat Sunat Aidil Adha pada jam 8.30 pagi 20 Disember 2007 bersamaan 10 Zulhijjah 1428.

Acara korban pula diadakan pada Jam 9.30 pagi selepas Solat Aidil Adha. Sebanyak 4 ekor lembu dan seekor biri-biri telah dikorbankan.

Gambar-gambar sekitar Acara korban ada DISINI

Untuk makluman para Muslimin dan Muslimat Desa Coalfields, anda adalah dijemput untuk bersolat Sunat Aidil Adha pada jam 8.30 pagi 20 Disember 2007 bersamaan 10 Zulhijjah 1428.

Pada tahun ini upacara Qurban akan dijalankan sejurus selesai Solat Aidil Adha kira-kira jam 9.30 pagi. Untuk makluman sembelihan qurban pada tahun ini adalah sebanyak 4 ekor lembu. Kerjasama dan bantuan tenaga daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta di dalam menguruskan acara Qurban ini amatlah diharapkan. Dengan ini diingatkan agar jangan lupa membawa peralatan melapah secukupnya seperti pisau yang tajam, batu asah dan sebagainya.

Sekian dimaklumkan.

Tiada Komen lagi »

Suapan RSS bagi komentar bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.