Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Pembukaan Rasmi Surau Al Hidayah

Mac 21, 2008 at 4:53 pm | In Uncategorized | No Comments

Assalamualaikum wbt…

Tuan/puan yang dihormati sekelian. Rasanya saya belum terlalu lewat untuk membuat makluman ini.

Seperti mana yang telah dihebahkan melalui banner, flyers, white board surau dan pengumuman, InsyaAllah Surau Al-Hidayah akan mengadakan kedua-dua majlis di atas pada hari 22/3/2008 (Sabtu). Majlis akan bermula pada jam 7 mlm (bacaan yasin). Selepas solat maghrib akan dilangsungkan ucapan oleh YAB Menteri Besar Selangor dan seterusnya ceramah sempena Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan. Jamuan makan akan diadakan selepas solat isyak.

Sebelum itu, pada sebelah pagi dalam jam 11 akan diadakan penyembelihan aqiqah (seekor lembu). Adalah diharapkan para Jemaah Surau Al Hidayah DC dapat bersama-sama terlibat dalam kesemua program yang di atur dari pagi sampai sebelah malam.

Kerjasama untuk war-warkan pada jiran tetangga kita dari seluruh Desa Coalfields tidak kira dari fasa 1, fasa 3 alamanda atau fasa 2 sangatlah diharapkan kerana perkara mengajak kepada kebaikan ini amatlah dituntut dalam agama kita.

Wassalam.

Asri.
(S/U surau al-hidayah)

diedit oleh moderator

Ceramah Maal Hijrah pada 10 Muharram 1429H

Januari 15, 2008 at 10:48 am | In Uncategorized | No Comments

Makluman kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di Desa Coalfields dan kawasan sekitarnya. InsyaAllah pada 19/1/2008 ini bersamaan 10 Muharram 1429H akan diadakan satu ceramah sempena Maal Hijrah, selepas solat Isyak SOLAT MAGHRIB (pembetulan)  oleh Ustaz Fauzan dari Subang. Tajuk ceramah: Maal Hijrah: Cinta & Air Mata.

Sebelum ceramah bermula, pada sebelah petang - (kira-kira jam 3 ptg) akan diadakan satu gotong royong memasak bubur `Asyura di perkarangan surau.

Harap muslimin/muslimat tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menambahkan ilmu di samping dapat meng`imarahkan surau dan mempereratkan hubungan silatur rahim di taman kita.

W’aalam.

(fwd dari Setiausaha Surau Alhidayah)

Sambutan Aidil Adha di Desa Coalfields

Disember 13, 2007 at 2:37 pm | In Uncategorized | No Comments

 Para Muslimin dan Muslimat Desa Coalfields telah bersolat Sunat Aidil Adha pada jam 8.30 pagi 20 Disember 2007 bersamaan 10 Zulhijjah 1428.

Acara korban pula diadakan pada Jam 9.30 pagi selepas Solat Aidil Adha. Sebanyak 4 ekor lembu dan seekor biri-biri telah dikorbankan.

Gambar-gambar sekitar Acara korban ada DISINI

Continue reading Sambutan Aidil Adha di Desa Coalfields…

Pendaftaran KAFA Integrasi Darus Sa’adah Sessi 2008

Disember 13, 2007 at 2:18 pm | In Uncategorized | No Comments

Pendaftaran bagi Kelas AlQuran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) Integrasi Darus Sa’adah bagi tahun 2008 telah dibuka. Bagi ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anaknya untuk belajar di KAFA tersebut dan membuat bayaran buku-buku sekolah, bolehlah berbuat demikian dengan hadir ke KAFA tersebut di alamat  Tingkat 2, Bangunan Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields pada 22/12/2007 hingga 23/12/2007 dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh hari.

Sekiranya tuan/puan ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh ajukan kepada Hj Azmi (0193843862), Hj Mohd Asri (0193131177) atau ustazah Roshabibah (0195978397).

Sekian dimaklumkan

Kelas Pengajian dan Kuliah Subuh

November 13, 2007 at 12:44 pm | In Uncategorized | No Comments

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.

Kelas pengajian telah dimulakan di bangunan Surau baru ini iaitu dengan Tajuk Akhlaq-An-Nubuwwah oleh Ust. Hj. Shamsuri selepas Solat Isyak pada 8 November 2007 yang lalu. Untuk kelas yang seterusnya, ia akan diadakan pada hari Khamis Malam Jumaat pada Minggu Kedua dan Keempat dalam setiap bulan.

Manakala Kuliah Subuh akan dijalankan pada setiap selepas Solat Subuh pada setiap pagi Sabtu. Penceramah jemputan adalah Ust. Hj. Suhaimi, Imam Masjid Kuang.

Dengan ini para Jemaah dijemput hadir untuk mengimarahkan Surau kita ini. Sekian dimaklumkan.

Ramadhan telah tiba, Alhamdulillah surau baru telah digunakan

September 20, 2007 at 12:36 pm | In Uncategorized | No Comments

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. Akhirnya penantian para jemaah di Desa Coalfields ini telah berakhir. Lega kerana dapat menjalankan ibadat solat berjemaah dengan lebih sempurna dan selesa.Tim Pengerusi

Walaupun pembinaannya belum sempurna 100%, namun seperti dijanjikan oleh Ahli Jawatan Kuasa surau bahawa Ramadhan kali ini para jemaah dapat bertarawikh di surau baru tersebut. Dengan persiapan akhir oleh kontraktor sehingga selepas waktu maghrib, maka Solat Isyak pada 1 Ramadhan 1428 telah menjadi sejarah Surau Al Hidayah Desa Coalfields sebagai solat berjemaah yang julung-julung kali diadakan di sini dan diikuti dengan Solat Tarawikh 1 Ramadhan 1428.

20070912_1950.jpgKami sebagai AJK merakamkan jutaan terima kasih kepada jamaah.jpgpara jemaah yang telah memberi sokongan padu dengan memberikan sumbangan kewangan dan juga mana-mana badan atau individu yang telah menyumbangkan sumber kewangan dan peralatan untuk kegunaan jemaah surau ini. Hanya Allah yang dapat membalas Amal Jariah anda semua.

20070912_1957.jpg

Para Jemaah Bertadarus Pada Malam Pertama Ramadhan

Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 29 Ogos 2007

Ogos 30, 2007 at 10:30 am | In Uncategorized | 1 Comment

alhidayah290807k.jpg

Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 29 Ogos 2007. Alhamdulillah bumbung telah dipasang dan dijangka InsyaAllah para jemaah akan dapat menggunakan Surau ini dalam Bulan Ramadhan ini.

Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang apa yang ada. Peralatan-peralatan Surau masih lagi diperlukan seperti Kipas, Lampu, Rak-rak kitab, Kitab-kitab, Sejadah, Alat Pembesar Suara, Karpet dan sebagainya.

Jika ada dermawan yang ingin menyumbang atau mewaqafkan peralatan dan kelengkapan surau ini amatlah dialu-alukan. Sila berhubung dengan Bendahari atau ahli jawatankuasa surau jika ingin menyumbang untuk koordinasi sumbangan.

Jazakallahu Khairan Kathira 

20070829_0970.jpg20070829_0971.jpg20070829_0982.jpg20070829_0985.jpg

Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 19 Ogos 2007

Ogos 21, 2007 at 9:48 am | In Uncategorized | No Comments

alhidayah190807.jpg

Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 19 Ogos 2007. Kuda-kuda telah dipasang dan dijangka atap/penutup bumbung akan dipasang dalam minggu ini juga. InsyaAllah para jemaah akan dapat menggunakan Surau ini dalam masa terdekat.

Sama-samalah kita berdoa dan menyumbang apa yang ada. Jika ada dermawan yang ingin menyumbang peralatan dan kelengkapan surau, sila berhubung dengan Bendahari atau ahli jawatankuasa surau.

Pembangunan Surau Alhidayah sehingga 12 Ogos 2007

Ogos 21, 2007 at 9:35 am | In Uncategorized | 1 Comment

alhidayah120807.jpg

Pembangunan tingkat atas telah dimulakan dengan lancar. Dijangkakan Surau ini dapat digunakan sepenuhnya menjelang Ramadhan 1428 ini

Pembinaan Surau sehingga 4 Ogos 2007

alhidayah040807.jpg

Surau Al-Hidayah dalam pembinaan

Mei 29, 2007 at 11:28 am | In Uncategorized | No Comments

alhidayah230507.jpg 

Surau Al-Hidayah Desa Coalfields sedang dalam pembinaan. Kemajuan pembinaan sekitar 80% tingkat bawah.

Dana masih belum mencukupi, oleh itu sumbangan saudara dan saudari amatlah diharapkan. Kepada yang telah menyumbang, Jazakallahu khairan kathira. Hanya Allah yang dapat membalas budi anda.

dcp03776.jpg

Sumbangan daripada pihak pemaju KL Kepong Bhd.

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.